Tuesday, 24 February 2009

MUSICLARITY: Jiwang Tuesday #10 (The One With Zainal Yang Berwarna-Warni)

Dulu, Si Zainal Abidin keluarkan lagu Hijau ni, sebab dia mau protest sama itu pembinasaan alam sekitar. Lagu Hijau tu tak jiwang, tapi lirik-lirik dia memang jiwang. Jiwang pasal pokok lar, laut lar, ramo-ramo lar... Lagi jiwang daripada lagu Headwind.

Itu dulu. Sekarang, Zainal tak payah asyik-asyik Hijau-Hijau saje dah. Ade banyak kaler-kaler yang boleh dia pakai lagi. Berikut adalah 'idea' untuk sebuah album EP berthema warna yang mengandungi lagu-lagu 'cover' yang En. Zainal boleh mengeluarkan:

Kuning: Lagu 'cover' Coldplay; dengan lirik-alternatif yang memuji kesedapan makanan tempatan yang berwarna kuning seperti ikan tempoyak, pisang goreng, dan lain-lain.

Merah Jambu: Lagu 'cover' Aerosmith. Mengandungi lirik-lirik yang penuh kontrovasi mengenai seksualiti lelaki yang suka memakai baju berwarna merah jambu.

Hujan Ungu: Lagu 'cover' Prince; lagu pro-alam-sektar yang mengandungi unsur-unsur dekad lapan-puluhan, dengan lirik-lirik yang menghantam hujan-hujan berwarna ungu yang diakibatkan oleh kilang-kilang Ribena.

Hitam Atau Putih: Lagu 'cover' Michael Jackson. Satu percubaan En. Zainal untuk memasuki pasaran lagu disco. Lirik-liriknya bercerita tentang betapa susahnya memilih warna apabila membeli kereta baru.

Saya Masih Biru-Biru: Lagu 'cover' Gary Moore; Guitar 'blues' Moore itu diganti dengan guitar yang dibina dengan dua batang kayu, sekotak mancis dan tiga gelang getah.



Acquisitions: Zainal Abidin - Hijau

DISCLAIMER: All the mp3s available here are for sampling purposes only. So don't be an irresponsible pirate - if you really like the songs, be sure to buy the album also, ok? BTW, if you have a problem with the mp3s I've listed on the blog and want me to take them down, please email me at eyeriz@gmail.com, and I'll remove it at once.


Previous Jiwang Tuesday posts:

No comments: